Puasa Syariat Dan Puasa Kerohanian Puasa syariat adalah menahan diri dari pada makan, minum dan bersetubuh dari pada terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa kerohanian selain - 52 - yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran dari pada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batihn. Rusak sedikit sahaja niat mengenainya rusaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar. Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari pada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. Puasa syariat ada waktu berbuka tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas dari pada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain. Untuk itu Allah telah berjanji...