TUBUH KOSONG - AL HIKAM 9 IBNU 'ATHO'ILLAH AS SYAKANDARY Ra

Hikmah ke 9 

9. “Ahwal akan menentukan a’maal”


٭ تنوَّعت اجْناَسُ الاَعمالِ لتنوُّعِ وارِداَتِ الاحْوالِ ٭


9.”Beraneka macam jenis amal perbuatan, karena bermacam-macam pula  pemberian karunia Allah yang diberikan kepada hamba-Nya.(Hal).”

Dalam pandangan tasawuf, Hal diartikan sebagai pengalaman rohani dalam  proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang  berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah  (pengenalan tentang Alloh). tanpa Hal tidak ada hakikat dan tidak diperoleh  makrifat. Ahli ilmu membina makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli  tasawuf  bermakrifat melalui pengalaman tentang hakikat.

Sebelum memperoleh pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu  memperoleh kasyaf yaitu terbuka keghoiban kepadanya. Ada orang mencari  kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti  jin. Dalam proses mencapai  hakikat ketuhanan kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf yang penting  adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam  berbagai bentuk dan suasana dunia ini.

Rasululloh saw. sendiri sebagai ahli kasyaf yang paling unggul hanya  melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua kali saja, walaupun pada  setiap kali Jibrail a.s menemui Rasululloh saw. dengan rupa yang  berbeda-beda, Rasululloh tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s.

Bila seseorang ahli kerohanian memperoleh kasyaf maka dia telah bersedia  untuk menerima kedatangan Hal atau zauk yaitu pengalaman kerohanian tentang  hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperoleh dengan beramal dan menuntut  ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk masuk ke  dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu  untuk sampai pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya  menanti karunia Alloh, semata-mata karunia Alloh yang membawa makrifat  kepada hamba-hamba-Nya. karunia Alloh yang mengandung makrifat itu  dinamakan Hal.

Ada orang yang memperoleh Hal sekali saja dan dikuasai oleh Hal dalam  waktu yang tertentu saja dan ada juga yang  terus-menerus di dalam Hal. Hal  yang terus-menerus atau berkekalan dinamakan wishol yaitu penyerapan Hal  secara terus-menerus, kekal atau baqo’. Orang yang mencapai wishol akan  terus hidup dengan cara Hal yang terjadi. Hal-hal (ahwal) dan wishol bisa  dibagi menjadi lima macam:

1 Abid:
Abid adalah orang yang dikuasai oleh Hal atau zauk yang membuat dia  merasakan dengan sangat bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak  memiliki apa-apa dan tidak mempunyai daya dan upaya untuk melakukan  sesuatu. Kekuatan, usaha, bakat-bakat dan apa saja yang ada dengannya  adalah  daya dan upaya yang dari Alloh. Semuanya itu adalah karunia Alloh  semata-mata. Alloh sebagai Pemilik yang sebenarnya, apabila Dia memberi,  maka Dia berhak mengambil kembali pada masa yang Dia kehendaki. Seorang  abid benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t sekiranya dia melepaskan  sandaran itu dia akan jatuh, kerana dia benar-benar melihat dirinya  kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t.

2 Asyikin:
Asyikin ialah orang yang memandang sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa,  bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa saja yang  dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah  s.w.t di dalamnya. Amal atau kelakuan asyikin ialah gemar merenungi alam  dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada apa yang disaksikannya. Dia boleh  duduk menikmati keindahan alam beberapa jam tanpa merasa jemu. Kilauan  ombak dan titikan hujan memukau pandangan hatinya. Semua yang kelihatan  adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah s.w.t. Orang yang menjadi asyikin  tidak memperdulikan lagi adab dan peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan  lagi pada alam ini. Dia mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah  Keindahan Alloh s.w.t.

3 Muttakholiq:
Muttakholiq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya.  Hatinya dikuasai oleh suasana  Qurbi Faroidh atau Qurbi Nawafil. Dalam  Qurbi Faroidh, muttakholiq merasakan dirinya adalah alat dan Allah s.w.t  menjadi Pengguna alat. Dia melihat perbuatan atau kelakuan dirinya terjadi  tanpa dia merancang dan campur tangan, bahkan dia tidak mampu mengubah apa  yang akan terjadi pada kelakuan dan perbuatannya. Dia menjadi orang yang  berpisah daripada dirinya sendiri. Dia melihat dirinya melakukan sesuatu   perbuatan seperti dia melihat orang lain yang melakukannya, yang dia tidak  berdaya mengawal atau mempengaruhinya. Hal Qurbi Faraidh adalah dia melihat  
bahawa Allah s.w.t melakukan apa yang Dia kehendaki. Perbuatan dia sendiri  adalah gerakan Allah s.w.t, dan diamnya juga adalah gerakan Allah s.w.t.  Orang ini tidak mempunyai kehendak sendiri, tidak ada ikhtiar dan tadbir.  

Apa yang mengenai dirinya, seperti perkataan dan perbuatan, berlaku secara  spontan. Kelakuan atau amal Qurbi Faroidh ialah bercampur-campur di antara  logika dengan tidak logika, mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan  alim dengan jahil. Dalam banyak perkara penjelasan yang boleh diberikannya  ialah, “Tidak tahu! Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki”.

Dalam suasana Qurbi Nawafil pula muttakholiq melihat dengan mata hatinya  sifat-sifat Allah s.w.t dan dia menjadi pelaku atau pengguna sifat-sifat  tersebut, yaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi Nawafil  ialah berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t memberikan  kepadanya untuk berbuat sesuatu. Contoh Qurbi Nawafil adalah kelakuan Nabi  Isa a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat lalu menyuruh burung itu  terbang dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan beliau a.s menyeru orang  mati supaya bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s melihat sifat-sifat Allah  s.w.t yang diizinkan menjadi kemampuan beliau, sebab itu beliau tidak  ragu-ragu untuk menggunakan kemampuan tersebut menjadikan burung dan  menghidupkan orang mati dengan izin Allah s.w.t.

4 Muwahhid:
Muwahhid fana’ dalam dzat, dzatnya lenyap dan DZat Mutlak yang  menguasainya. bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Alloh  s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan  sekalian maujud. Kelakuan atau amalnya tidak lagi seperti manusia biasa  
karena dia telah terlepas dari sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan.  Misalkan dia bernama Abdullah, dan jika ditanya kepadanya di manakah  Abdullah, maka dia akan menjawab Abdullah tidak ada, yang ada hanyalah  Allah! Dia benar-benar telah lenyap dari ke‘Abdullah-an’ dan benar-benar  dikuasai oleh ke‘Allah-an’. Ketika dia dikuasai oleh hal dia terlepas  daripada beban hukum syarak. Dia telah fana dari ‘aku’ dirinya dan dikuasai  oleh kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun sikap dan kelakuannya dia  tetap dalam ridho Allah s.w.t. Apabila dia tidak dikuasai oleh hal,  kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat. Perlu  diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai oleh  hal tidak berupaya menahannya. Orang-orang sufi bersepakat mengatakan bahawa siapa yang mengatakan, “Ana  al-Haq!” sedangkan dia masih sadar tentang dirinya maka orang tersebut  adalah sesat dan kufur!

5 Mutahaqqiq:
Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam dzat turun kembali kepada  kesadaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi  melaksanakan amanat sebagai khalifah Alloh di muka bumi dan kehidupan dunia  yang wajib diurusi.

Dalam kesadaran dzat seseorang tidak keluar  dari khalwatnya dengan Alloh  s.w.t dan tidak peduli tentang keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia  seluruhnya. Sebab itu orang yang demikian tidak boleh dijadikan pemimpin.  Dia mesti turun kepada kesadaran sifat barulah dia boleh memimpin orang  lain. Orang yang telah mengalami kefanaan dalam zat kemudian disadarkan  dalam sifat adalah benar-benar pemimpin yang dilantik oleh Alloh s.w.t  menjadi Khalifah-Nya untuk memakmurkan makhluk Alloh s.w.t dan memimpin  umat manusia menuju jalan yang diridhoi Alloh s.w.t. Orang inilah yang  menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli  thorikoh  yang sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya  dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Robbani. Insan Robbani  peringkat tertinggi ialah para nabi-nabi dan Alloh karuniakan kepada mereka  maksum, sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang  diberi perlindungan dan pemeliharaan. Baca juga Tubuh-kosong-al-hikam-10-ibnu-athoillah

Related Posts



Bagaimana Reaksi Anda Tentang Artikel Ini?

Comments

Kirim E-mail Anda Dapatkan Artikel Berlangganan Gratis....

ENTER YOUR EMAIL ADDRESS :

DELIVERED BY : SUARA MANIA POST ||| 🔔siulanmania@gmail.com

👍 POPULER POST

CARA UNTUK BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG DIKARUNIAKAN ALLAH SWT

HARI KESEHATAN MENTAL SEDUNIA, INI TEMA TAHUN INI DAN SEJARAHNYA

TAK LAGI MAYORITAS

NERAKA MENURUT SYAIKH SITI JENAR

MAN CITY VS NORWICH, AGREGAT 14 -1 TEGASKAN REKOR MENTERENG THE CITIZENS

🚀LINK TAUTAN ARTIKEL SPONSOR

FOLLOWERS