Zakat Ada dua jenis zakat: zakat yang diajarkan oleh syariat dan zakat kerohanian yang berlainan sifatnya. Zakat yang diajarkan oleh syariat ialah mengeluarkan dari pada barang-barang dalam dunia ini. Setelah ditolak jumlah tertentu yang diperuntukkan sebagai kegunaan keluarga, satu bagian dibagikan kepada orang miskin. Zakat rohani Bagaimanapun diambil dari pada perolehan barangan akhirat. Ia juga diberikan kepada orang miskin, yaitu miskin kerohanian. Zakat adalah memberi bantuan kepada orang miskin. Allah perintahkan: “Sedekah - sedekah itu untuk faqir-faqir dan miskin”. (Surah at-Taubah, ayat 60). Apa juga yang diberi untuk tujuan ini sampai kepada tangan Allah Yang Maha Tinggi sebelum dihantar kepada yang memerlukannya. Jadi, tujuan zakat dan sedekah ini bukanlah terutamanya untuk membantu yang memerlukan, kerana Allah adalah Pemberi kepada semua yang memerlukan, tetapi supaya niat baik pemberi zakat dan sedekah itu diterima oleh Allah. Mereka yang hampir dengan Allah menj...